Thursday, August 9, 2012

Umrah :)

Alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi~
aku masih berpeluang untuk bangun dari tidur untuk bersahur dan beribadah untukNya pada pagi ini..
perkara yang paling menyesal tak update sebelum ni ialah Umrah..
Pada tarikh 24 Julai 2012
aku mengambil keputusan untuk menunaikan umrah bersama abang ku Md Erwan Nasri dengan menggunakan khidmat Andalusia Travel & Tours..
Paling menarik, aku terdetik untuk menggunakan khidmat dari Andalusia kerana pada satu ketika semasa aku sedang bersedia untuk bersolek pada hari pertunanganku, ade suara2 menyebut perihal Umrah dgn menggunakan khidmat dari Andalusia..
Dengan niat itu aku terus menyuarakan hasrat ku kepada kakak ku dan Alhamdulillah tuhan telah permudahkan segala urusan~
Sudah menjadi kebiasaan untuk mengenali kenalan baru mengambil sedikit masa...
Bermulalah 3 hari ku di Madinah dan mengenali dengan lebih dekat bersama rakan sebilik yang disenangi dengan panggilan Cik Ida, Cik Tati, Aunty Midah & Cik Mah..mereka banyak membantu dan menemani aku sepanjang hari di sana..
Alhamdulillah kami sangat rapat dengan masa yg begitu pantas mungkin kerana satu kepala yang membuatkan kami erat sepanjang masa
Kemudian diikuti dengan 8 hari di Makkah..Subhanallah indah seindah2nya Baitullah (Kaabah) milik Nya..
kami terus berniat ihram sebelum sampai ke Makkah,,
Umrah pertama aku dapat lakukannya bersama abang..
Umrah yang kedua aku berniat untuk melakukannya untuk ibuku Sosilawati Binti Lawiya
Umrah yang ketiga aku buat untuk diri sendiri..
ini merupakan kali kedua aku menjejaki Makkah dan pada kali ini tentunya berbeza daripada umrah sebelumnya yang dahulunya aku membuat umrah bersama ibuku dan makcik saudaraku...
ketika membuat umrah untuk ibuku...terasa amat sebak setelah memulakan perjalananku ke Masjidil Haram aku tidak berhenti menangis tp aku tetap memujuk hati agar tidak menangis...
sesudah tawaf sebanyak 7 kali aku bersolat di Multazam dan berdoa sepuas2nya sambilmengingati ibu yg tersayang.. Ya Allah, air mata ku bercucuran tidak henti2 kerana menahan kesedihan yang terlampau lama~
sesudah habis aku pulang dan terus terbaring di bilik..
Pada waktu itu aku bersyukur dan pada masa yang sama aku dapat merasakan aku tidak dapat membuat umrah ini tanpa bantuan Allah SWT..
kerana ketika aku membuat umrah matahari sangat terik dan jemaah lain yang berniat utk membuat umrah denganku kebanyakannya mahu menunaikan umrah pada waktu gelap kerana ketika itu musim panas di Makkah....
Hari Ramadhan di Makkah sangat berbeza tidak kira dari segi makanan dan rahmatnya sepanjang hari2 ku di sana...
Semua org berpusu2 untuk beribadah di sana sempena bulan Ramadhan yang mulia ini..
Jangkaan ku salah sebelum aku datang ke Makkah kerna aku sangkakan cuaca panas dan bermacam2 lagi..
Aku dapat rasakan bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat bagus untuk membuat umrah berbanding umrah yang pernah di buat pada bulan2 lain..
Bak kata Ustaz Daud Che Ngah "menunaikan umrah pada bulan Ramadhan sama pahalanya seperti menunaikan Haji bersama Rasulullah SAW" 
betapa besarnya fadhilat ini dan jauh di sudut hati aku sungguh beruntung kerana dapat menunaikannya pada bulan Ramadhan..
Akhirnya, sampai lah aku di tanah air dan alhamdulillah telah banyak yang aku amalkan di sana akan ku jadikan pedoman dan insya Allah akan ku terapkan di sini sebaik mungkin..
segala ilmu yang ku terima sepanjang ceramah yang diberikan oleh pihak Andalusia sentiasa terpahat di hati..
Semoga Allah mengampuni dosa2 ku dan mohon dapat mempertingkatkan iman untuk menjadi muslimin yang sejati.