Monday, July 18, 2011

keluhanku..

Anak Adam dan Hawa..
Dijadikan berlainan..
Bagi menyempurnakan kehendak syariat islam
Umat islam disarankan berkahwin diantara lelaki dan perempuan
Ditambah pula dengan cabaran
Dipanggil nafsu yang bilangannya tidak sama satu satunya
Diciptakan akal untuk berfikir dan hanya iman di dada dapat menepis segala rintangan
Terciptanya hukum bagi orang yang berkahwin.
Tiada had dalam menubuhkan masjid
Tidak kira muda mahupun tua kerana jodoh sudah tertulis
Sesungguhnya agama tidak menghalang sesuatu yang baik malah perlu disegerakan
Namun realitinya pandangan mata masyarakat kian berubah zaman demi zaman
Berkahwin muda di pandang serong,
Timbulnya fitnah sesama saudara islam
Terjadinya perkahwinan yang melanggar hukum syarak
Perbuatan maksiat berleluasa oleh kerana hawa nafsu
Zaman ini membantuti perkara yang halal
Dimana iman di dada
Timbul persoalan ku terhadap amalan
Mengapa menurut hasutan yang sudah semestinya buruk
Zaman ini tiada batas dalam pergaulan
Yang berhijab tidak segan silu berpegang tangan
Diikuti dengan rakan rakan
Rapat serapatnya seperti merapatkan saf ketika solat berjemaah
Tiada batas seperti orang berkahwin
Kerana terlalu mencintai satu dengan yg lain
Tiada ikatan sah dapat ditunjukkan
Hanya perbuatan
Zaman ini bercinta ibarat ikatan kasih yg berpaut sebelum nikah
Namun tidak pernah tertulis di dalam mana mana kitab
Hanya merisik dan nikah diwajibkan
Adat diagungkan lebih daripada yang harus
Sambutan pernikahan dibuat secara kecil
Berbanding persandingan yg membelanjakan lebih dr kemampuan sndri
Namun,
Tidak perlu gelojoh dalam mencari pasangan
Jodoh ditulis kepada setiap mukmin
Usah bimbang atau ragu
Pasti terdetik saat bertemu

No comments: