Tuesday, July 5, 2011

one of my notes that i post in facebook :)

Ya Allah ..

Seandainya telah Engkau catatkan dia akan menjadi teman hidupku,

Satukanlah hatinya dengan hatiku,

Titipkanlah kebahagiaan di antara kami agar kemesraan itu abadi,

dan Ya Allah ..

ya Tuhanku yang Maha Mengasihani,

Seiringkanlah kami melayari hidup ini

ke tepian yang sejahtera dan abadi ..

tetapi Ya Allah ..

Seandainya telah Engkau takdirkan ..

dia bukan milikku,

Bawalah dia jauh dari pandanganku,

Luputkanlah dia dari ingatanku,

Ambillah kebahagiaan ketika dia ada di sisiku.

Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah ..

ya Tuhanku yang Maha Mengerti..

Berikanlah aku kekuatan..

Melontar jauh bayangannya jauh ke dada langit..

Hilang bersama senja nan merah..

Agar aku dapat berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya..

dan Ya Allah yang tercinta ..

Gantikanlah yang telah hilang,

Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..

Walaupun tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah ya Tuhanku ..

Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu,

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..

adalah yang terbaik untukku..

kerana Engkau Maha Mengetahui..

segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..

di dunia dan di akhirat..

Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..

Jangan Engkau biarkan aku sendirian,

di dunia mahupun di akhirat..

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..

supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup..

ke jalan yang Engkau redai..

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh..

Amin Ya Rabbal 'Alami...

p/s: doa ini hanya copy paste semata2 bukan rekaan sendiri:)


No comments: